ramadhan ya ramadhan

Bersabda Nabi (s.a.w):bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun kesetahun kerana masuknya bulan ramadhan.pada awal malam bulan ramadhan bertiup angin dibawah arasy bergeraklah daun kayu lemah longlainya didalam syurga.terdengarlah desiran daun-daun kayu,hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani.maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah diatas puncak mercu syurga itu.lantas bersuaralah bidadari:adakah orang hendak meminang kami kepada allah?kata bidadari pula:apakah malam ini namanya?jawab malik ridwan(malaikat),hai bidadari yang cantik manis,inilah malam awal ramadhan,lalu Allah berfirman:hai ramadhan bukalah pintu syurga(babuljannan) untuk orang yang berpuasa daripada umat muhammad(s.a.w),hai jibrail belenggukan syaitan,lontarkannya kedalam laut supaya tidak membinasakan umat muhammad akan puasanya.maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam ramadhan tiga kali:adakah orang yang meminta ampun?akan ku ampunkan!.
Pada malam lailatul Qadar menyuruh Allah Ta’ala akan jibrail alaihisalam turun kebumi,lalu turunlah jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera lalu di pacakkan ke atas kaabah,baginya 600 ratus sayapnya,setengahnya tiada dibuka keduanya,melainkan pada malam lailatul qadar barulah dibuka keduanya,hingga sampai ketimur ke barat(mayriq ke magrib).untuk menyelamatkan umat muhammad,lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam lailatul qadar beribadah seta solat tarawikh,kerana mencari keridaan Allah sehingga terbit fajar subuh.
Berkata para malaikat kepada jibrail,apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari ummat muhammad(s.a.w) pada bulan ramadhan ini?berkata jibrail bahawasanya Allah menilik kepada ummat muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka,diampunkan dosa-dosa mereka.melainkan empat orang yang tidak diampunkan dosanya;iaitu 1)orang kekal minum arak,2)orang yang derhakakan ibubpanya,3)orang yang memutuskan silaturahim dan 4)orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Sabda nabi(s.a.w):diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya:
1)bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi disisi Allah,
2)segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasanya,
3)diampunkan dosa-dosa mereka pada malam lailatul qadar..
4)amalan yang dilakukan pada bulan ramadhan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,melainkan puasa maka ianya bagiku,akau balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya,makan minumnya kerana aku.
5)dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keserokan ketika berbuka dan ketika menemui Allah diakhirat.(al-hadith)

Comments

Popular posts from this blog

SEKIAN LAMA....

hukum hudud

lagu "malaysia boy" tiru lagu "america boy"???